15 Julai, 2004 : JAF 4466 MPV (mungkin jenis Serena) berwarna Maroon : Sesiapa mengenali pemandu yang memandu MPV ini pada pukul 8.29 pagi Khamis, 15 Julai, 2004, di Jambatan Pulau Pinang, sila hubunig
Webmaster_servant.
Pemandu ini memandu dengan merbahaya apabila memandu dengan laju di sebelah kiri Jambatan Pulau Pinang pada tarikh dan waktu tersebut di atas. Bukan itu sahaja, kenderaan ini juga telah memandu dan memotong kereta Kelisa Kelabu dengan dekat sekali tanpa pedulikan keselamatan pemandu dan penumpang kereta Keslia Kelabu tersebut.
Kereta ini ada memakai sticker "Logo ANSARA" dan bertulis "ANSARA" di sebelah kanan belakang skrin kereta tersebut (kanan dari pandangan pemandu kereta lain mengekori dari belakang).
Kereta ini pada mulanya memandu dengan perlahan di sebelah kiri tetapi di potong oleh Kelisa Kelabu di sebelah kanan kerana kereta itu terhalang oleh kereta yang lebih perlahan di sebelah kiri laluan Jambatan Pulau Pinang. Kelisa Kelabu memotong dengan perlahan kerana trafik laluan sangat sibuk di permulaan Jambatan Pulau Pinang.
Setelah laluan agak terang sedikit selepas pertengahan Jambatan Pulau Pinang, kereta ini yang sudah ketinggalan jauh di belakang Kelisa Kelabu ini tiba-tiba menderaskan perjalanan keretanya dan memotong Kelisa Kelabu dengan merbahaya sekali, mungkin pada kelajuan seratus empat puluh kilometer sejam.
Webmaster_servant merasa agak terkilan kerana kereta yang memakai logo Anak Sains MARA memandu dengan merbahaya dan tidak menghiraukan keselamatan pemandu lain.
Sekian terima kasih.
Balik ke Muka Depan